Wednesday, 27 April 2016

Jenis2 Serunai Di Malaysia



Serunai Aliran Utara (Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang) - Serunai yang biasanya dimainkan untuk muzik Gendang Silat, Gendang Peribumi, Mek Mulung dan Wayang Gedek dan juga Nobat (namun bentuknya sedikit berbeza).

Serunai Daun Kelapa dan Batang Padi - Biasanya terdapat di kawasan bendang, sementara serunai daun kelapa biasanya dimainkan oleh kanak-kanak sebagai hiburan.
Gambar Ihsan dari laman web KeKKWa

Serunai Kelantan - Insturmen yang biasa dimainkan untuk permainan silat aliran pantai timur, Mak Yong (sesekali dimainkan), Tarinai, Menora dan Main Peteri (jarang dimainkan). Manakala dalam Wayang Kulit Kelantan juga digunakan namun saiznya agak kecil sedikit untuk menghasilkan bunyian yang berbeza.
Gambar Ihsan dari laman University Of Michigan

Pi Nai - serunai yang dimainkan dalam ensemble muzik Wayang Gedek pada asalnya(menerima pengaruh dari Wayang Kulit Siam (Nang Thalung) namun kemudiannya ditukar kepada serunai aliran utara yang biasa dilihat.
Gambar ihsan dari Musicologie.Org

Ada beberapa gambar lagi yang akan saya masukkan seperti Serunai yang dimainkan oleh kumpulan Terinai Perlis, Serunai Silat Terengganu (seakan2 serunai Kelantan tapi berbeza dari segi corak dan motif ukiran), serunai ibu dan anak bagi permainan Wayang Kulit Kelantan, Selumprit dan Pupuik.

Serunai nobat (dari laman web Sembang Kuala).


Serunai nobat jenis ini biasanya dimainkan oleh kumpulan nobat sebelah utara. Saya tidak pasti pula tentang jenis dan bentuk serunai kumpulan nobat negeri lain. Adakah ia sama ataupun berbeza.

----------------------------------------------------
Serunai Aliran Utara 

Bentuknya agak pelik sedikit, namun ciri-ciri cenderung pada serunai yang dimainkan di sebelah utara Semenanjung (sumber gambar : Muzium USM). Saya letakkan di sini kerana bentuknya sedikit berbeza dengan yang saya biasa lihat.

-------------------------------------------------------------------

Serunai Aliran Utara(Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang) - Serunai yang biasanya dimainkan untuk muzik Gendang Silat, Gendang Peribumi, Mek Mulung dan Wayang Gedek dan juga Nobat (namun bentuknya sedikit berbeza). Kebanyakan serunai jenis ini adalah buatan Kedah. Manakala Perlis ada sedikit berbeza bentuk serunainya walaupun masih sama.

----------------------------------------------------------

Serunai Daun Kelapa 

Masa saya kecil dulu, selalu juga buat serunai jenis ni.
Gambar Ihsan dari laman web KPKK

----------------------------------------------------------------------------

Pi Nai 


serunai yang dimainkan dalam ensemble muzik Wayang Gedek pada asalnya (menerima pengaruh dari Wayang Kulit Siam - Nang Thalung) namun kemudiannya ditukar kepada serunai aliran utara yang biasa dilihat.
Gambar ihsan dari Musicologie.Org

---------------------------------------------------------------------------

Serunai Kelantan 

Gambar (dari laman web KSU Pointer)

Gambar (dari laman web Kraftangan Malaysia)

Instrumen yang biasa dimainkan untuk permainan silat aliran pantai timur, Mak Yong (sesekali dimainkan), Tarinai, Menora dan Main Peteri (jarang dimainkan). Manakala dalam Wayang Kulit Kelantan juga digunakan namun saiznya agak kecil sedikit untuk menghasilkan bunyian yang berbeza. Serunai silat dan Wayang Kelantan ada sedikit perbezaan dari segi saiz dan panjangnya. Ini saya dapati ketika mempelajari serunai wayang kulit di Aswara dulu.

---------------------------------------------------------------

Serunai Perlis 

Dari laman blog Awang Batil

Ini pula jenis serunai yang biasa dimainkan dalam persembahan rakyat, Terinai dan Awang Batil. Serunainya hanya mempunyai 6 lubang di atas, dan 1 di bawah. Jenis ini hanya terdapat di Perlis sahaja. Saya ada juga menyimpan sebatang, hadiah dari seorang kawan. Nanti saya muat naikkan di sini untuk tatapan semua.

--------------------------------------------------------

Serunai Batang Padi

Serunai Batang Padi

Sejenis serunai yang diperbuat daripada batang padi dan dikatakan mempunyai keunikan serta keunggulan yang tersendiri. Ianya dicipta dalam beberapa jenis dan bentuk. Lelidahnya iaitu sounding device adalah sama seperti yang terdapat pada alat 'Klarinet Berkembar' dari negara Timur Tengah. Serunai Batang Padi ditiup secara menegak pada bahagian hujungnya yang lebih kecil. Ianya sering dipersembahkan oleh kanak-kanak belasan tahun untuk memainkan muzik-muzik eksperimental yang diilhamkan daripada lagu-lagu yang berkembang dalam teater Wayang Kulit ataupun Silat. Secara praktiknya, Serunai Batang Padi telah menjadi 'alat perintis' kepada kebanyakan tokoh Serunai yang ada di Kelantan khususnya dan juga di kawasan-kawasan perkampungan di negeri-negeri lain yang mempunyai kawasan penanaman padi.
- Maklumat dan gambar diambil (juga kredit) dari laman web KPKK

0 comments:

Post a Comment

Unordered List

Sample Text

Blog Archive

Powered by Blogger.

Featured

Videos

Recent Post

Follow

Featured

Subscribe

Most Popular

Videos

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget