Buku Konsep Muzik Silat Baku
Penulis : Nik Mustapha & Raden Karno A. Hamid
Terbitan : Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan.
Ini adalah satu-satunya dokumentasi buku yang menyentuh secara rinci tentang notasi muzik gendang silat yang dinamakan 'Muzik Silat Baku.' Seperti yang difahami, bahawa 'baku' di sini bermaksud yang seragam,standardize - merangkumi empat alat asas iaitu serunai, gendang ibu, gendang anak dan gong. Namun penekanan yang diberikan dalam buku ini adalah kepada muzik gendang silat aliran utara.
Topik-topiknya merangkumi peralatan, melodi, sistem notasi dan konsep masa. Selain itu, ia menyentuh tentang proses, teknik penggendangan, huraian ringkas tentang rentak, huraian berkenaan fungsi rentak dan hubungannya dalam kontek persembahan dan selebihnya pada notasi serunai dan gendang ibu, anak.
Ulasan :
Secara amnya, ia bolehlah dikatakan suatu usaha yang baik dalam mendokumentasikan salah satu cabang seni budaya Melayu, yakni gendang silat (tumpuan kepada aliran utara); dan wajarlah ia diangkat serta diperluaskan kepada sistem pendidikan, terutama di sekolah atau IPT. Dalam pada masa yang sama, dapatlah ia dijadikan sebagaipanduan atau rujukan asas dalam mengenali dan mempelajari asas bermain muzik gendang silat utara.
Notasi gendang anak dan ibu diperturunkan secara ringkas agar dapat difahami dengan mudah. Gendang ibu merangkumi 9 bunyian asas termasuklah penutup (tapi tiada buka lagu kedah 'chak' ibu dan anak). Istilah yang digunakan juga adalah istilah umum untuk membolehkan kefahaman pada peringkat yang meluas. Sebab, kalau diikutkan permainan gendang Lagu Kedah @ Lagu Silat (istilah biasa yang disebut Lagu Silat oleh kebanyakan penggendang aliran utara) mempunyai istilah-istilah yang khusus untuk pemahaman yang lebih tepat. Namun bagi saya, lambat-laun mereka yang mempelajari gendang ini haruslah mengambil inisiatif bertanya kepada mereka yang biasa dengan permainan gendang silat aliran utara.
Kemudian padanan notasi serunai, gendang ibu dan anak Lagu Kedah diperturunkan. Masih lagi pada tahap asas secara penuh. Apa pun buku ini hanyalah bingkisan kecil, usaha kedua penulis yang mahu melihat agar permainan gendang silat ini berterusan, dan dapatlah dikaji secara ilmiah pada masa akan datang. Usaha ini wajarlah dipuji dan mendapat sokongan dari pihak-pihak berkenaan. Namun buku ini seperti lazimnya tidak mungkin akan dipasarkan sepertimana buku lain terbitan kementerian berkenaan. Ia hanya tersimpan dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mendapat akses.
Saya kira pelajaran dalam buku ini juga merupakan aturan pergendangan @ silibus pelajaran yang diterapkan dalam subjek gendang silat bagi kursus Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) yang diadakan suatu ketika dahulu; yang kini sudah suam-suam kuku. Bunyia-bunyian ibu itu dapat saya ketahui kerana saya juga menghadiri kursus ini dahulu.
Berbalik kepada buku ini, walaubagaimana pun pernah saya bertanyakan kepada rakan penggendang yang juga bermain muzik moden dan mampu membaca notasi. Kata beliau, notasi yang dihasilkan terdapat juga kelemahannya. Ada susunan yang kurang tepat dan tidak kena. Meskipun umum mengetahui bahawa allahyarham Pak Raden adalah merupakan salah seorang guru gendang silat aliran utara, namun penulisnya, Nik Mustapha bukanlah pemain muzik gendang tradisi silat kedah. Jadi tidak hairanlah kiranya berlaku kelemahan dalam penyusunan notasi.
Bagi saya yang tidak berapa faham tentang notasi ini, masih lagi berpegang bahawa membaca buku ini adalah untuk pemahaman asas. Sekiranya mahu mempelajarinya, mestilah berguru seperti yang dimaklumi ramai. Kerana masing-masing faham bahwa apa maksudnya kalau belajar tidak berguru? Tak perlulah saya ulas tentang itu, namun sistem untuk mempelajari gendang silat adalah secara berguru, bukan secara membaca. Kalaupun dia mampu membaca notasi yang tersebut, tetaplah jua dia perlu untuk mengadap guru sebagai pembuka jalan kepada ilmu dalam bidang pergendangan.
Kesimpulannya, buku ini hanyalah asas dan boleh dibaca untuk difahami. Secara jelas, apa pun ilmu pergendangan ini perlulah berguru. Imam Syafie menyatakan, "Sesiapa yang tafaqquh (mengambil faham) dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam". Para ulamak juga menyebutkan, "Antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh". baca lanjutnya tentang belajar tanpa guru di sini.

Assalamualaikum...sy pelajar yg tgh membuat kajian tentang gendang silat di Malaysia...bagaimana saya boleh mendapatkan buku ini?
ReplyDelete